Wednesday, 29 October 2014

Sejarah bola keranjang

Dr. James Naismith
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristiandan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggangsesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkonigimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristiansekolah menengahkolejuniversiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
gelanggang bola keranjang pertama

Pengenalan Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).


budak yang genius dalam permainan bola keranjang

Budak lelaki ini baru 14 tahun dengan bakat luar biasa dan keupayaan melompat , dia mungkin akan menjadi bintang NBA pada masa depan  .



Katmo Bola Keranjang Daerah Klang

Pertandingan Katmo Bola Keranjang Daerah Klang telah diadakan pada 30/9/2014 dan 1/10/2014.

Pasukan bola keranjang lelaki bawah 10 tahun SJK C Hin Hua telah mendapat Johan dalam pertandingan ini . Manakala bagi permpuan bawah 10 tahun , mereka mendapat tempat ke-3.

Tahniah kepada murid-muird yang memenangi dalam pertandingan ini

kumpulan lelaki bawah 10 tahun-johan 
kumplan perempuan bawah 10 tahun - tempat ke-3


Pertandingan Bola Keranjang MSSD KLANG - Tempat ke-2

Pasukan bola keranjang perempuan bawah 12 tahun SJK C Hin  Hua telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan bola keranjang MSSD Klang.

Salah seorang pemain yang bernama Yap Sin Ying telah dipilih untuk mewaikili Daerah Klang dalam pertandingan bola keranjang MSSS Selangor